ad
AGENDA

SDCC dijenama kepada Ruang Pejabat Sandbox Selangor, kemudahan usahawan mula niaga

15 Feb 2023, 12:30 AM
SDCC dijenama kepada Ruang Pejabat Sandbox Selangor, kemudahan usahawan mula niaga
SDCC dijenama kepada Ruang Pejabat Sandbox Selangor, kemudahan usahawan mula niaga
SDCC dijenama kepada Ruang Pejabat Sandbox Selangor, kemudahan usahawan mula niaga

SHAH ALAM, 15 FEB: Pusat Kreatif Digital Selangor (SDCC) di i-City dijenamakan semula kepada Ruang Pejabat Sandbox Selangor (SSCS) dalam memberi kemudahan kepada usahawan memulakan perniagaan.

Dirasmikan EXCO Industri dan Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim, ruang seluas 14,000 kaki persegi dibina khas untuk sesi rangkaian, bimbingan, perbincangan, merangsang kreativiti dan perkongsian sumber.

[caption id="attachment_566518" align="alignleft" width="386"] EXCO Industrian dan Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim berucap selepas merasmikan Ruang Pejabat Sandbox Selangor (SSCS) di i-City Shah Alam pada 14 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Pusat ini mula beroperasi pada 2015 dan menumpukan kepada aktiviti e-dagang walaupun pada awalnya berkaitan teknologi maklumat namun, kini kita kembangkannya dengan teknologi sejajar dengan perkembangan terkini.

"Sudah lapan tahun beroperasi dan kita berjaya naik taraf daripada segi kemudahan, isi kandungan latihan dan bilangan usahawan teknologi yang dilantik ," katanya ditemui selepas merasmikan pusat usahawan berkenaan semalam.

[caption id="attachment_566519" align="aligncenter" width="749"] EXCO Industri dan Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim bergambar bersama wakil syarikat pemula selepas sesi libat urus antara Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) dan kedutaan Amerika Syarikat ketika pelancaran Ruang Pejabat Sandbox Selangor (SSCS) di i-City Shah Alam pada 14 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Terletak di ibu pejabat Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec), SSCS yang dilengkapi bilik seminar, bilik mesyuarat, perpustakaan, gimnasium dan kawasan rehat mampu menampung kira-kira 60 individu dalam satu masa.

Dilancar pada 2015, penubuhan pusat berkenaan mampu membawa perubahan besar kepada Selangor dalam mengorak langkah ke arah negeri pintar.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.