ad
AGENDA

Muzium Perlombongan dan Kapal Korek di Dengkil dijangka siap tahun hadapan

15 Feb 2023, 12:00 AM
Muzium Perlombongan dan Kapal Korek di Dengkil dijangka siap tahun hadapan
Muzium Perlombongan dan Kapal Korek di Dengkil dijangka siap tahun hadapan
Muzium Perlombongan dan Kapal Korek di Dengkil dijangka siap tahun hadapan

KUALA SELANGOR, 15 FEB: Muzium Perlombongan dan Kapal Korek di Dengkil dijangka siap selewat-lewatnya tahun hadapan, kata EXCO kebudayaan dan warisan.

Borhan Aman Shah berkata muzium yang menempatkan sebuah kapal korek biji timah antara yang terbesar dunia itu kini dalam proses pewartaan tanah.

[caption id="attachment_566425" align="aligncenter" width="714"] EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Muzium itu diurus dan diselia oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang). Mereka nampaknya bersungguh-sungguh untuk menyiapkannya.

“Saya yakin mereka dapat sempurnakan projek itu sekali gus memperoleh pengiktirafan UNESCO (Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu),” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Muzium Permainan Tradisional di Bukit Malawati di sini, semalam.

[caption id="attachment_566420" align="aligncenter" width="698"] Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli mencuba permainan tradisional sambil disaksikan EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah selepas merasmikan Muzium Permainan Tradisional Kuala Selangor pada 14 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Pada Jun tahun lalu, Kerajaan Negeri memperoleh kapal korek biji timah antara terbesar di dunia seberat lebih 6,000 tan melalui MPSepang dengan kos lebih RM10 juta.

Terletak di Dengkil, ia dijadikan sebagai muzium bersejarah sekali gus menjadi tarikan baharu kepada pelancong tempatan dan luar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.