ad
AGENSI

Pengunjung jualan murah sanggup tunggu walau 500 nombor giliran habis diedar

14 Feb 2023, 8:10 AM
Pengunjung jualan murah sanggup tunggu walau 500 nombor giliran habis diedar
Pengunjung jualan murah sanggup tunggu walau 500 nombor giliran habis diedar
Pengunjung jualan murah sanggup tunggu walau 500 nombor giliran habis diedar

Oleh SHAMZ JOHAN

KLANG, 14 FEB: Walaupun 500 nombor giliran habis diagihkan namun masih ramai pengunjung sanggup menunggu bagi mendapatkan barangan murah di Jelajah Ehsan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Taman Sri Andalas di sini hari ini.

Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Kandis Mohd Shamsuri Mohd Alias berkata pihaknya masih membenarkan mereka untuk membeli sekiranya barangan jualan masih ada.

"Sambutan jualan murah di DUN ini semakin meningkat dan kadang kala diluar jangkaan. Seperti hari ini penduduk dari luar kawasan turut datang.

"Kita harap pengunjung dapat bersabar kerana terpaksa menunggu lama. Mereka yang tiada nombor giliran dibenarkan untuk membeli sekiranya barangan jualan masih ada," katanya.

Sementara itu, Pegawai Bahagian Gudang PKPS akan mempergiat hebahan menyeru pembeli membawa beg sendiri bagi menyokong kempen bebas plastik anjuran Kerajaan Negeri.

"PKPS akan terus menguar-uarkan tentang kempen membawa beg guna semula sendiri dan kita minta kerjasama pihak DUN untuk membuat hebahan kepada penduduk setempat.

"Kita tidak mahu apabila caj 20 sen untuk beg plastik kepada pembeli, ia akan menyusahkan mereka," kata Shamsiyah Samsudin.

Shamsiyah juga berharap pihak DUN dapat menambah baik aspek logistik seperti khemah tambahan dan tempat menunggu mampu sekali gus mengatasi isu kesesakan pengunjung khususnya warga emas yang terpaksa menunggu lama.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.