ad
AGENDA

Bekalan air di Kuala Selangor pulih sepenuhnya, 12 lagi kawasan disalur secara berperingkat

13 Feb 2023, 12:56 PM
Bekalan air di Kuala Selangor pulih sepenuhnya, 12 lagi kawasan disalur secara berperingkat
Bekalan air di Kuala Selangor pulih sepenuhnya, 12 lagi kawasan disalur secara berperingkat

SHAH ALAM, 13 FEB: Bekalan air di kawasan Kuala Selangor yang terlibat pencemaran bau seakan diesel di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang pada Sabtu lalu, pulih sepenuhnya jam 6 petang tadi.

Perkembangan itu menjadikan semua kawasan dalam lima daerah (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Kuala Selangor) terlibat menerima semula bekalan air setakat ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan 12 lagi kawasan di Klang dalam proses menerima bekalan air.

"Sehingga jam 6 petang, status pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas telah mencapai 99 peratus, di mana 12 kawasan di wilayah Klang masih belum pulih sepenuhnya.

"Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

"Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com serta aplikasi Air Selangor,"maklumnya.

Berikut kawasan yang belum pulih:

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.