ad
AGENSI

Boling kelapa, memanah antara aktiviti cuti sekolah di Taman Botani Negara Shah Alam

13 Feb 2023, 5:55 AM
Boling kelapa, memanah antara aktiviti cuti sekolah di Taman Botani Negara Shah Alam
Boling kelapa, memanah antara aktiviti cuti sekolah di Taman Botani Negara Shah Alam

SHAH ALAM, 13 FEB: Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) menganjurkan pelbagai aktiviti menarik dan jualan sepanjang musim cuti persekolahan.

Pengurusan TBNSA memaklumkan taman itu beroperasi setiap hari bermula 18 Februari sehingga 19 Mac dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

“Antara aktiviti yang disediakan adalah mewarna, boling kelapa, memanah, pasar lambak, permainan ninja warrior, dan banyak lagi,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Menurut TBNSA tiket masuk adalah RM1 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas, serta RM3 bagi remaja dan dewasa.

Taman yang terletak di Seksyen U11 di sini turut menyediakan perkhidmatan trem secara percuma kepada pengunjung.

TBSA atau dahulu dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cherakah dibangunkan pada April 1986 di atas tanah seluas 817 hektar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.