SHAH ALAM, 12 FEB: Bekalan air di kawasan terjejas apabila Logi Rawatan Air (PRA) dihenti tugas akibat insiden pencemaran bau seakan diesel di muka sauk LRA Rantau Panjang semalam mencapai tahap 57 peratus sehingga 3 petang ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan setakat ini hanya daerah Hulu Selangor pulih sepenuhnya diikuti Gombak kekal 99 peratus dan Kuala Langat belum pulih.
Manakala daerah lain mengalami perubahan seperti Petaling 50 peratus, Kuala Selangor (43 peratus) serta Klang dan Shah Alam (32 peratus).
"Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
"Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor," katanya menerusi Facebook.
Senarai kawasan yang belum pulih adalah seperti di lampiran berikut: