ad
AGENDA

Lebih 3,000 meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DUN Sungai Tua, Parlimen Selayang

10 Feb 2023, 11:41 PM
Lebih 3,000 meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DUN Sungai Tua, Parlimen Selayang
Lebih 3,000 meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DUN Sungai Tua, Parlimen Selayang
Lebih 3,000 meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DUN Sungai Tua, Parlimen Selayang

OLEH AZIAN AZIZ

SELAYANG, 11 FEB: Lebih 3,000 penduduk memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua dan Parlimen Selayang di tapak pasar malam di sini, malam tadi.

Majlis diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ahli Parlimen Selayang William Leong dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer Sany Hamzan.

Amirudin yang juga ADN Sungai Tua berkata rumah terbuka tersebut merupakan acara tahunan dan diadakan sekali dengan Parlimen Selayang kerana berkongsi kawasan hampir sama di Selayang Baru.

[caption id="attachment_565633" align="alignleft" width="457"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersalaman dengan hadirin pada Program Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 Parlimen Selayang, DUN Sungai Tua dan DUN Taman Templer di Selayang Baru pada 10 Februari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_565634" align="alignright" width="446"] Orang ramai yang hadir pada Program Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 Parlimen Selayang, DUN Sungai Tua dan DUN Taman Templer di Selayang Baru pada 10 Februari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Saya percaya suasana meriah seperti ini berlaku di mana-mana kawasan di Selangor.

"Untuk kekalkan suasana ini Pakatan Harapan telah sediakan suasana yang inklusif kepada semua masyarakat berbilang kaum,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan rumah terbuka tersebut.

Hadir sama isteri beliau Datin Seri Masdiana Muhamad.

Pelbagai acara diadakan termasuk persembahan tarian singa, tarian kipas, persembahan gendang, nyanyian dan cabutan bertuah.

Para penduduk juga dihidangkan pelbagai jenis makanan halal antaranya ayam golek, ayam goreng, buah-buahan, nasi goreng dan keropok lekor.

Ujar Amirudin acara seperti ini juga dapat mengekalkan tradisi hormat menghormati dalam kalangan rakyat.

"Dalam masa sama kita juga mengukuhkan kepercayaan antara satu sama lain," tambahnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.