ad
AGENDA

Gempa bumi: Bank Dunia salur bantuan RM7.71 bilion bantu Turkiye

10 Feb 2023, 8:33 AM
Gempa bumi: Bank Dunia salur bantuan RM7.71 bilion bantu Turkiye

WASHINGTON, 10 FEB: Bank Dunia mengumumkan bantuan baharu sebanyak AS$1.78 bilion (RM7.71 bilion) untuk Turkiye bagi membantu negara itu pulih daripada gempa bumi kuat yang melanda baru-baru ini, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

"Bank Dunia hari ini mengumumkan bantuan sebanyak AS$1.78 bilion untuk membantu usaha bantuan kemanusiaan dan pemulihan berikutan gempa bumi dahsyat dan gegaran susulan di Turkiye yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan besar…," lapor Sputnik memetik kenyataan itu.

Bank Dunia itu juga akan memulakan penilaian kerosakan untuk mengenal pasti kawasan yang memerlukan bantuan untuk pembinaan semula.

Bantuan segera berjumlah AS$780 juta akan ditawarkan kepada Turkiye melalui Contingent Emergency Response Components dan tambahan AS$1 bilion sedang disediakan untuk menyokong mereka yang terjejas akibat gempa bumi.

"Bagi pihak Kumpulan Bank Dunia, kami merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Turkiye dan Syria atas kehilangan nyawa yang anda alami akibat gempa bumi dahsyat itu," kata Presiden Kumpulan Bank Dunia David Malpass dalam kenyataan itu. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.