ad
AGENDA

Rizab antarabangsa Bank Negara meningkat kepada US$115.2 bilion pada 31 Jan

9 Feb 2023, 8:56 AM
Rizab antarabangsa Bank Negara meningkat kepada US$115.2 bilion pada 31 Jan

KUALA LUMPUR, 9 FEB: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$115.2 bilion (US$1=RM4.31) pada 31 Januari 2023, daripada US$114.9 bilion yang dicatatkan pada 13 Januari 2023.

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$103 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.8 bilion).

Ia berkata aset berjumlah RM635.55 bilion terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM505.83 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.82 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.12 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.72 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM74.92 bilion).

Menurut BNM, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM161.55 bilion), mata wang dalam edaran (RM166.1 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM212.79 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM8.33 bilion), deposit lain (RM36.92 bilion), kertas Bank Negara (RM5.67 bilion), peruntukan SDR (RM28.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.88 bilion).

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.