ad
AGENDA

Wanita warga Thailand antara yang terkorban dalam gempa bumi di Turkiye

9 Feb 2023, 3:26 AM
Wanita warga Thailand antara yang terkorban dalam gempa bumi di Turkiye

BANGKOK, 9 FEB: Seorang wanita warga Thailand antara yang terbunuh dalam bencana gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pada Isnin.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Luar Negeri (MFA) Kanchana Patarachoke berkata perkara itu telah dimaklumkan oleh Kedutaan Thailand di Ankara.

“Mayat mangsa ditemukan di bawah runtuhan bangunan di Iskenderun. Kedutaan telah memaklumkan kepada keluarga mangsa dan akan mempercepatkan penyelarasan dengan pihak berkuasa Turki mengenai prosedur yang berkaitan," katanya pada Rabu.

MFA merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Setakat ini, lebih 8,500 orang terbunuh selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan selatan Turkiye pada Isnin.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.