ad
PBT

MPAJ, polis serbu premis gaji pekerja asing, enam ditahan

7 Feb 2023, 12:28 PM
MPAJ, polis serbu premis gaji pekerja asing, enam ditahan

SHAH ALAM, 7 FEB: Seramai enam warga asing ditahan dalam operasi bersepadu pihak polis dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini.

Operasi berkenaan bertujuan membenteras warga asing yang aktiviti perniagaan atau menggaji golongan terbabit.

"Tindakan penguatkuasaan disasarkan kepada premis-premis yang melanggar syarat lesen," katanya di Facebook.

MPAJ kemudian menyita empat premis yang melakukan kesalahan Di bawah Undang-undang Kecil 4(4)(c) Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (MPAJ) 2007.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.