ad
AGENSI

Seldec tawar diskaun RM5, penghantaran percuma buat 200 pembeli

7 Feb 2023, 2:48 AM
Seldec tawar diskaun RM5, penghantaran percuma buat 200 pembeli
Seldec tawar diskaun RM5, penghantaran percuma buat 200 pembeli

SHAH ALAM, 7 FEB: Orang ramai berpeluang menikmati potongan harga dan penghantaran percuma apabila berbelanja melalui aplikasi Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) sepanjang bulan ini.

Seldec menerusi Facebook memaklumkan 200 pembeli terawal layak menerima potongan RM5 dan penghantaran percuma untuk setiap pembelian RM70 ke atas dengan memasukkan promokod FEB5.

"Promosi terhad kepada 200 pembeli sahaja, siapa cepat dia dapat, jangan lepaskan peluang ini selagi masih ada," menurut agensi tersebut.

Menurut Seldec, penghantaran sekitar Lembah Klang terhad sehingga 50km sahaja buat masa ini dan ia telah diperluas ke sekitar Kuala Selangor dalam lingkungan radius 20km.

"Untuk sesetengah produk, penghantaran juga di lakukan di seluruh semenanjung Malaysia menggunakan syarikat penghantaran logistik," maklumnya lagi.

Sejak dilancarkan Kerajaan Negeri pada 3 Oktober 2019, Seldec menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung melalui pautan https://marketplace.seldec.my/.

Produk ditawarkan meliputi barangan keperluan asas, pakaian, keperluan rumah, alatan penjagaan peribadi, buku, barangan elektrik dan keperluan pejabat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.