ad
PBT

Buang sampah di tapak haram, MPK gesa orang awam kongsi gambar, video

6 Feb 2023, 5:36 AM
Buang sampah di tapak haram, MPK gesa orang awam kongsi gambar, video
Buang sampah di tapak haram, MPK gesa orang awam kongsi gambar, video

SHAH ALAM, 6 FEB: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menggesa orang awam membuat aduan sekiranya melihat aktiviti pembuangan sampah secara haram.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan individu yang membuat laporan akan diberi insentif sekiranya pesalah tertangkap.

"Sekiranya anda nampak pembuang sampah ini, sila kongsi gambar, video dan lokasi menerusi talian 03-3371 4404.

"Jika tertangkapnya pesalah tersebut beserta bukti, anda akan diberikan insentif," maklum MPK.

[caption id="attachment_564725" align="aligncenter" width="500"] Penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) memantau kegiatan pembuangan sampah di tapak haram. Foto Facebook MPK[/caption]

Menurut PBT itu pihaknya turut menyediakan 25 pasukan yang terdiri daripada pemantau dan penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Persekitaran.

"Kamera litar tertutup turut dipasang di kawasan panas pembuangan sampah.

"Klang menuju taraf bandar raya 2023. Jom warga Klang bantu MPK tangkap 'kutu sampah'. Kita mahu Klang bersih dan indah," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.