ad
AGENDA

Lebih 500 mangsa bah di Sabah, Johor masih berlindung di PPS

5 Feb 2023, 2:22 PM
Lebih 500 mangsa bah di Sabah, Johor masih berlindung di PPS

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Sabah menurun dengan hanya 552 orang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini.

Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan mangsa banjir terus menurun kepada 506 orang malam ini, berbanding 623 orang petang tadi susulan penutupan satu PPS di Batu Pahat pada 4 petang.

Lima PPS masih beroperasi di dua daerah iaitu empat di Batu Pahat yang mengalami banjir termenung, menempatkan 480 orang daripada 132 keluarga, manakala di Segamat kekal 26 orang daripada sembilan keluarga di sebuah PPS.

Paras Sungai Bekok di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 18.92 meter.

Di SABAH, Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir malam ini berkurangan kepada 46 orang daripada 12 keluarga yang dipindahkan ke satu PPS di daerah Beaufort, berbanding 134 orang daripada 40 keluarga petang tadi. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.