ad
AGENDA

EXCO: Negeri promosi Jualan Rahmah, seiring matlamat Jelajah Ehsan Rakyat

4 Feb 2023, 11:30 AM
EXCO: Negeri promosi Jualan Rahmah, seiring matlamat Jelajah Ehsan Rakyat
EXCO: Negeri promosi Jualan Rahmah, seiring matlamat Jelajah Ehsan Rakyat
EXCO: Negeri promosi Jualan Rahmah, seiring matlamat Jelajah Ehsan Rakyat

AMPANG JAYA, 4 FEB: Kerajaan Selangor mempromosikan Jualan Rahmah pada Jualan Ehsan Rakyat supaya lebih ramai rakyat kurang berkemampuan menikmati manfaat itu.

EXCO pemodenan pertanian berkata inisiatif diperkenal kerajaan perpaduan dilihat seiring dengan matlamat penganjuran jualan murah berkenaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan susulan kenaikan harga barangan.

[caption id="attachment_564389" align="aligncenter" width="737"] EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berucap ketika majlis Pelancaran Jelajah Ehsan Rakyat (JER) 2.0 di Dewan Komuniti Taman Nirwana, Ampang Jaya pada 4 Februari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Kita akan promosikan (Jualan Rahmah) namun Jelajah Ehsan Rakyat berjalan seperti biasa memandangkan sasaran kedua-dua program berbeza, tetapi semua itu sangat dialu-alukan,” kata Ir Izham Hashim.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Jelajah Ehsan Rakyat 2.0 yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi.

Dalam program jualan di Dewan Komuniti Taman Nirwana di sini, Menu Rahmah berharga RM5 turut ditawar kepada pengunjung.

[caption id="attachment_564363" align="aligncenter" width="810"] EXCO Industri Asas Tani Ir Izham Hashim (empat, kanan) merasmikan Majlis Pelancaran Jelajah Ehsan Rakyat (JER) 2.0 di Dewan Komuniti Taman Nirwana, Ampang Jaya pada 4 Februari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Semalam, Dato’ Menteri Besar berkata Jelajah Ehsan Rakyat 2.0 yang berlangsung ketika ini bakal diselaras bersama Jualan Rahmah bagi meringankan beban belanja lebih ramai penduduk.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata menerusi perancangan itu, lokasi jualan murah barangan keperluan akan bertambah sekali gus memudahkan orang ramai mendapatkan keperluan.

Program Jualan Rahmah digerakkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dengan menawarkan barang keperluan pada harga lebih murah.

Sementara Jelajah Ehsan Rakyat merupakan inisiatif Kerajaan Negeri menerusi PKPS selama tiga bulan bermula 16 Januari bagi meringankan beban belanja penduduk.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.