ad
PBT

MBSA arah tapak pembinaan jadi tempat pembiakan nyamuk ditutup

3 Feb 2023, 2:48 AM
MBSA arah tapak pembinaan jadi tempat pembiakan nyamuk ditutup

SHAH ALAM, 3 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup sebuah tapak pembinaan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk dalam satu operasi di Seksyen U8 kelmarin.

Jabatan Kesihatan Persekitarannya berkata operasi di lokasi terbabit dihentikan serta-merta selain kontraktor diarahkan melakukan pembersihan.

"Arahan penutupan dikeluarkan untuk memberhentikan akiviti binaan dan kontraktor diarahkan untuk menjalankan aktiviti pembersihan serta kawalan nyamuk secara berkala," katanya di Facebook.

Tambahnya, kawasan pembinaan merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes demam denggi.

"Pemaju dan kontraktor dinasihatkan agar peka dalam memastikan kawasan pembinaan bebas tempat pembiakan serta menjalankan aktiviti kawalan nyamuk dengan konsisten," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.