ad
AGENDA

Ribuan muat turun aplikasi pelancongan negeri, rujukan lokasi menarik

2 Feb 2023, 3:26 AM
Ribuan muat turun aplikasi pelancongan negeri, rujukan lokasi menarik
Ribuan muat turun aplikasi pelancongan negeri, rujukan lokasi menarik

SHAH ALAM, 2 FEB: Hampir 2,000 pengguna memuat turun aplikasi pelancongan Go Selangor bagi mendapatkan pelbagai maklumat berhubung tempat menarik di negeri ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pengguna juga memberi maklum balas positif dan turut mencadangkan beberapa penambahbaikan seperti mempelbagai pakej tawaran.

"Ini satu perkembangan baik yang memuatkan pelbagai selera makanan dan minuman, gaya hidup, tempahan tiket dan aktiviti dalam Selangor.

"Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan seperti memperbanyak lagi pakej tawaran. Semestinya perkara ini akan dipertimbang sebaiknya pihak berkaitan demi memenuhi selera pengguna," katanya menerusi Facebook.

Amirudin turut mengalu-alukan pengunjung ke Selangor supaya memuat turun aplikasi tersebut untuk mengetahui pelbagai tempat dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan di negeri itu.

"Insya-Allah Kerajaan Negeri berusaha sehabis baik memastikan aplikasi pelancongan ini memberi makna kepada percutian semua," katanya.

Aplikasi Go Selangor memudahkan pengembara dari seluruh dunia mendapat akses bagi tempahan tiket, hotel, chalet, inap desa dan pengangkutan.

Dilancar 14 April tahun lalu, aplikasi dibangunkan hasil kerjasama syarikat pemula tempatan Tourplus Technology dengan kos RM3 juta selari usaha pendigitalan pelancongan Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.