ad
PBT

Tanam lebih 25,000 pokok siantan, MPKS bakal cipta sejarah

1 Feb 2023, 9:51 AM
Tanam lebih 25,000 pokok siantan, MPKS bakal cipta sejarah

SHAH ALAM, 1 FEB: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bakal menerima pengiktirafan Malaysia Book of Record (MBOR) menerusi penanaman 25,223 pokok siantan pada 25 Februari ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan acara sempena program Hijau Lestari 2023 itu akan diadakan di Forest Park, Bandar Hillpark Puncak Alam.

“Acara ini bertujuan untuk menghijaukan kawasan bandar dan mewujudkan perancangan bandar yang sihat dan berdaya huni.

“Penduduk sekitar dan persatuan-persatuan dijemput untuk menyertai aktitviti penanaman pokok ini sekaligus menunaikan tanggungjawab dalam menghijaukan bandar yang mereka diami,” katanya di Facebook hari ini.

MPKS turut menganjurkan pelbagai aktiviti seperti Fun Walk, Kayuhan Santai dan pertandingan mewarna sempena Hari Tanpa Kenderaan 2023, selain cenderahati kepada 2,000 peserta terawal.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Unit Korporat dan Perhubungan Awam MPKS di talian 03-32891439 sambungan 247.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.