ad
AGENSI

Perbadanan Wakaf Selangor sumbang van jenazah untuk masjid negeri

30 Jan 2023, 9:13 AM
Perbadanan Wakaf Selangor sumbang van jenazah untuk masjid negeri
Perbadanan Wakaf Selangor sumbang van jenazah untuk masjid negeri

SHAH ALAM, 30 JAN: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyumbang sebuah van jenazah bernilai RM203,978.48 kepada Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) di sini.

PWS memaklumkan sumbangan berkenaan merangkumi 30 peratus daripada kutipan tabung wakaf tunai yang ditempatkan di masjid terbabit.

“Semoga jariah para pewakaf yang sudah berwakaf melalui PWS akan terus mengalir dan memberi manfaat kepada masyarakat,” menurut perbadanan itu dalam kenyataan di Facebook.

Majlis penyerahan van jenazah berkenaan disempurnakan Pengerusinya Dato’ Ibrahim Md Yusof kepada Imam Besar MSSAAS Sahibul Fadhilah Ustaz Muhammad Farhan Wijaya pada 27 Januari lalu.

Dalam majlis sama, perbadanan terbabit turut menerima sumbangan wakaf berjumlah RM50,000 daripada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.