ad
AGENDA

Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin

28 Jan 2023, 3:45 PM
Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan daerah yang terlibat di Pahang adalah Rompin manakala Johor melibatkan Mersing dan Kota Tinggi.

Dalam kenyataan sama MetMalaysia turut memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan  berlaku sehingga Isnin ini di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Di Kelantan ia melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh; Pahang (Kuantan dan Pekan) manakala Johor (Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru).

Selain itu, hujan berterusan tahap waspada diramalkan berlaku di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai; Pahang (Jerantut dan Maran) dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian) sehingga Isnin ini.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.