ad
AGENDA

Selangor FC perkenal tiga pemain import, jadi pencabar kejuaraan musim ini

28 Jan 2023, 9:40 AM
Selangor FC perkenal tiga pemain import, jadi pencabar kejuaraan musim ini
Selangor FC perkenal tiga pemain import, jadi pencabar kejuaraan musim ini
Selangor FC perkenal tiga pemain import, jadi pencabar kejuaraan musim ini

SHAH ALAM, 28 JAN: Tiga pemain import baharu memperkuatkan Selangor FC pada saingan musim ini dalam usaha pasukan tersebut memburu lebih banyak kejuaraan.

Gergasi Merah mengikat pemain pertahanan Jordan Noor Al-Rawabdeb serta dua penyerang Rauf Salifu dari Ghana dan Ayron Del Valle (Colombia).

[caption id="attachment_563167" align="alignleft" width="272"] Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Selangor Dr Johan Kamal Hamidon. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Selangor Dr Johan Kamal Hamidon berkata ketiga-tiga pemain diperkenalkan hari ini bersama timbalan jurulatih Ramon Marcote.

“Kita gembira dapat membawa pemain dan jurulatih ini bersama Selangor FC. Semua pemain mempunyai rekod dan mampu bermain dengan baik. Kita yakin mereka mampu bantu Selangor raih banyak kejuaraan.

“Ramon dibawa ke sini selepas menerima pandangan ketua jurulatih (Datuk Tan Cheng Hoe)  yang pernah bekerjasama dengannya ketika melatih Kedah. Kita harap kerjasama mereka memberi momentum padu,” katanya.

Beliau ditemui selepas program Meet & Greet sempena Majlis Hari Jersi Selangor di SACC Mall hari ini.

Skuad bimbingan Cheng Hoe turut diperkuat pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim selain Ahmad Khuzaimi Piee dan V Ruventhiran.

[caption id="attachment_563129" align="aligncenter" width="500"] Penyokong Gergasi Merah tidak melepaskan peluang swafoto bersama pemain import pasukan tersebut sempena Hari Jersi Selangor dan Pameran Awam Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam di SACC Mall, Shah Alam pada 28 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.