ad
AGENDA

Operasi LRT Bukit Jalil dan 20 laluan bas Rapid KL dilanjutkan

28 Jan 2023, 4:42 AM
Operasi LRT Bukit Jalil dan 20 laluan bas Rapid KL dilanjutkan

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Waktu perkhidmatan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan hingga pukul 2 pagi ini bagi menyokong keperluan pengguna menghadiri beberapa acara di sekitar Kompleks Sukan Negara di sini.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kesemua perkhidmatan stesen lain akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir, manakala operasi bas Rapid KL bagi 20 laluan yang terpilih akan dilanjutkan hingga pukul 2.30 pagi.

Menurut kenyataan itu, susulan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Ampang di antara Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya, penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif yang disediakan untuk ke Stesen LRT Bukit Jalil.

“Bagi mengelakkan kesesakan, penumpang dinasihatkan agar terus membeli token perjalanan pulang sebaik sahaja tiba di Bukit Jalil, ataupun menggunakan kad Touch ‘n Go dan memastikan baki kad mencukupi.

“Penumpang juga dinasihatkan mematuhi peraturan ketika menggunakan perkhidmatan rel dan bas, termasuk sentiasa memakai pelitup muka,” menurut kenyataan itu.

Berikut ialah 20 laluan bas Rapid KL yang dilanjutkan operasi hingga 2.30 pagi:

1. 173 Lebuh Ampang - Taman Jasa Utama

2. 190 Lin Ho Jalan Lekiu - Hab Desa Sri Hartamas

3. 250 Lebuh Ampang - Stesen LRT Wangsa Maju

4. 772 Hab Pasar Seni - Subang Suria Mah Sing

5. 400 Hab Lebuh Pudu via Bukit Bintang - Damai Perdana

6. 450 Hab Lebuh Pudu - Hentian Kajang

7. 590 Hab Lebuh Pudu - Bandar Sungai Long

8. 600 Hab Pasar Seni - Puchong Utama

9. 640 Hab Pasar Seni - Hab Bas Sri Manja

10. 652 Batu 3 Jalan Klang Lama - Stesen LRT Awan Besar

11. T580 TPM via Stesen LRT Bukit Jalil - Stesen LRT Awan Besar

12. T582 Bandar Sri Petaling - Stesen LRT Sri Petaling

13. 300 Lebuh Ampang Hab - Pandan Indah

14. 303 Lebuh Ampang -Taman Mulia Jaya

15. 751 Hab Pasar Seni - Taman Sri Muda

16. T460 Bandar Teknologi Kajang - Stesen MRT Stadium Kajang

17. T803 Subang Suria - Stesen MRT Kwasa Sentral

18. T101 Bukit Rahman Putra - Stesen MRT Sungai Buloh

19. T102 Kampung Paya Jaras Hilir - Stesen MRT Sungai Buloh

20. T103 Sutera Damansara - MRT Damansara Damai

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.