ad
PBT

MBSA anjur pertandingan cipta logo, tawar hadiah wang tunai RM2,000

27 Jan 2023, 2:25 AM
MBSA anjur pertandingan cipta logo, tawar hadiah wang tunai RM2,000
MBSA anjur pertandingan cipta logo, tawar hadiah wang tunai RM2,000

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 27 JAN: Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan mencipta logo Kelab Rekreasi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 kepada pemenang utama.

Pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataannya memberitahu, penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

“Objektif pertandingan ini adalah untuk mendapatkan satu logo Kelab Rekreasi MBSA yang akan diguna pakai sebagai identiti kelab.

“Selain hadiah untuk pemenang utama, empat pemenang saguhati akan menerima wang tunai RM500 setiap seorang,’’ maklumnya menerusi Facebook.

Tarikh tutup penyertaan pada 12 Februari depan dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hairuddin Saidan di talian 019-664 5424 atau emel [email protected]

Borang penyertaan boleh didapati di pautan https://forms.gle/Br6PygaPiWwwGS6z5

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.