ad
PBT

Warga Sabak Bernam dipelawa jana wang dengan barang kitar semula

25 Jan 2023, 8:44 AM
Warga Sabak Bernam dipelawa jana wang dengan barang kitar semula
Warga Sabak Bernam dipelawa jana wang dengan barang kitar semula

SHAH ALAM, 25 JAN: Warga Sabak Bernam dan penduduk sekitar berpeluang menukar barangan kitar semula kepada wang tunai menerusi program kitar semula esok.

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) memaklumkan program Bahagian Alam Sekitar Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran bermula jam 10 pagi di pekarangan pintu belakang pejabatnya.

"Jana ganjaran wang tunai, peroleh faedah daripada kitar semula.

“Sila bawa bersama barang-barang yang boleh dikitar semula dari rumah seperti plastik, besi, aluminium, tin susu, zink dan kotak untuk ditukar dengan wang tunai.

"Selain itu surat khabar, buku, minyak masak terpakai dan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-sisa)," katanya menerusi Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.