ad
BUDAYA

Malam segara

21 Jan 2023, 12:30 AM
Malam segara

 

(i)

malam mencubit mata pisau

dihiris tajam membelah matahari

mengalir dingin ke dalam mataku

(ii)

sesudah waktu menemui ajalnya

tiada lagi yang tinggal dalam dada

hanya secubit garam di atas luka

(iii)

kenapa jendela masih terbuka

tatkala pintu menutup dirinya

lelayang terdampar tanpa talinya

(iv)

segara telah kekeringan kata

hanya kenangan berbau asin

hinggap di atas paruh camar

dan menemui tanda kuburannya

(v)

setelah semuanya pergi

kematian pun sudah tiada erti

diseret nestapa ke daerah sunyi

 

A Muziru Idham

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.