ad
ADN

700 keluarga dapat beg makanan sempena Tahun Baharu Cina

20 Jan 2023, 7:30 AM
700 keluarga dapat beg makanan sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 20 JAN: Seramai 700 keluarga sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan menerima beg makanan sempena sambutan Tahun Baharu Cina hujung minggu ini.

Wakil rakyatnya Ean Yong Hian Wah berkata sumbangan bernilai RM20,000 itu meliputi 3,500kg beras dan

700kg daging khinzir yang diagih secara berperingkat.

"Sebanyak 700 keluarga menerima sumbangan itu dengan setiap daripadanya menerima satu kilogram daging khinzir dan lima kilogram beras," katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, katanya, hiasan tanglung dibuat di jalan utama selain tanglung arnab bersaiz besar di kawasan rekreasi Jalan Kuyuh, Seri Kembangan untuk memeriahkan perayaan.

"Tanglung arnab itu dibuat menggunakan barangan kitar semula iaitu plastik PVC dan span mesra alam," katanya menambah sambutan Tahun Baharu Cina di DUN itu diadakan 5 Februari depan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.