ad
AGENSI

UIS, Estream MSC meterai MoU, kerjasama sediakan perisian perkomputeran kursus

19 Jan 2023, 1:59 AM
UIS, Estream MSC meterai MoU, kerjasama sediakan perisian perkomputeran kursus

Oleh Sofia Nasir

SHAH ALAM, 19 JAN: Universiti Islam Selangor (UIS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pembekal perisian perakaunan Estream MSC Sdn Bhd (Estream MSC), Selasa lalu.

Universiti itu memaklumkan ia bertujuan bagi penyediaan perisian perkomputeran SQL Accounting dan SQL Payroll kepada kursus bawah program Fakulti Pengurusan dan Muamalah.

UIS menjelaskan kerjasama itu akan membantu pelajar dengan kemahiran teknikal dalam penggunaan perisian sistem perakaunan sebagai persediaan keperluan pasaran modal insan.

“Diharapkan dengan kolaborasi ini akan meningkatkan kualiti pendidikan dengan adanya penglibatan industri,” katanya menerusi Facebook.

Menurutnya, UIS sentiasa menitikberatkan pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan bagi memastikan modal insan kekal relevan dengan kehendak industri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.