ad
AGENDA

MB:15 rumah di Bukit Permai Ampang tidak selamat didiami, penghuni diarah pindah

16 Jan 2023, 8:44 AM
MB:15 rumah di Bukit Permai Ampang tidak selamat didiami, penghuni diarah pindah

SHAH ALAM, 16 JAN: Penghuni 15 rumah di Bukit Permai Fasa 2, Ampang diarah mengosongkan segera kediaman, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata keputusan itu dibuat selepas didapati kawasan tersebut tidak selamat diduduki kerana berlaku pergerakan tanah.

"Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah mengeluarkan notis kepada penduduk 15 buah rumah itu supaya dikosongkan," katanya menerusi kenyataan.

Amirudin menjelaskan kerja penstabilan cerun di kawasan itu juga sedang dilaksanakan sementara menanti laporan penuh analisa daripada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat disiapkan.

Pada 10 Mac tahun lalu, berlaku insiden tanah runtuh di kawasan terbabit sehingga meragut empat nyawa, seorang cedera ringan selain menyebabkan 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.

Terdahulu, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata kerja pengukuhan cerun itu kini siap 80 peratus sejak dimulakan Mei tahun lalu.

Katanya, pengukuhan membabitkan pembinaan parit mendatar (horizontal) dan menegak (vertical) yang menelan kos RM15 juta dijangka selesai sepenuhnya Mac tahun ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.