ad
AGENDA

Selangor peruntuk lebih RM200,000, bantu individu jalani rawatan kesihatan mental

16 Jan 2023, 7:05 AM
Selangor peruntuk lebih RM200,000, bantu individu jalani rawatan kesihatan mental
Selangor peruntuk lebih RM200,000, bantu individu jalani rawatan kesihatan mental
Selangor peruntuk lebih RM200,000, bantu individu jalani rawatan kesihatan mental

SHAH ALAM, 16 JAN: Sebanyak RM222,600 diperuntukkan Kerajaan Negeri di bawah insentif Selangor Mental Sihat (Sehat) untuk rawatan berkaitan kesihatan mental rakyat negeri ini.

Dato' Menteri Besar berkata menerusi insentif itu Kerajaan Negeri akan menanggung kos saringan, caj konsultasi pakar psikiatri, rawatan psikoterapi asas dan ubat-ubatan bagi dua minggu pertama untuk rawatan kesihatan mental.

"Insentif ini merupakan Selangor Mental Sihat (Sehat) dengan peruntukan RM222,600," kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Twitter.

Sementara itu, di Facebook Amirudin berkata individu kurang berkemampuan dan berdepan masalah mental boleh memanfaatkan peluang ini memandangkan rawatan psikiatri juga mahal.

"Sama-sama kita membantu mereka untuk mencapai kesihatan mental yang lebih berkualiti," katanya.

Sehat menyediakan 700 slot rawatan kesihatan mental bersubsidi di Selangor.

Sebelum ini, EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata orang ramai disaran memuat turun atau mengemas kini fungsi program Sehat 2.0 dalam aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

Fungsi terbaharu itu membabitkan ciri paparan pengguna selain penambahan ujian saringan kesihatan mental, 60 video psikopendidikan dan empat modul Sehat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.