ad
AGENDA

Dua suspek kes letupan Pandan Indah didakwa di Mahkamah Ampang esok

15 Jan 2023, 2:54 AM
Dua suspek kes letupan Pandan Indah didakwa di Mahkamah Ampang esok

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Sepasang suami isteri dipercayai terlibat dalam kes letupan yang mengorbankan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang, 29 Dis lepas akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang di sini, esok.

Ketua Polis Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak dalam kenyataan hari ini berkata kedua-dua suspek akan dituduh pada pukul 10 pagi.

Beliau berkata pasangan suami isteri dari Serdang, Kedah itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 29 Dis lepas, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun maut akibat kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.