ad
AGENDA

Lebih 200 pasukan sertai Piala Budak Kampung, buru hadiah keseluruhan RM8,800

14 Jan 2023, 8:39 AM
Lebih 200 pasukan sertai Piala Budak Kampung, buru hadiah keseluruhan RM8,800
Lebih 200 pasukan sertai Piala Budak Kampung, buru hadiah keseluruhan RM8,800
Lebih 200 pasukan sertai Piala Budak Kampung, buru hadiah keseluruhan RM8,800

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 14 JAN: Lebih 200 pasukan menyertai Kejohanan Piala Budak Kampung daerah Petaling bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM 8,800, kata EXCO sukan.

Mohd Khairuddin Othman berkata kejohanan siri keempat mempertandingan acara bola sepak (bawah 10 dan 12), sepak takraw (bawah 18) dan bola jaring (terbuka).

“Kita terima lebih 200 penyertaan bagi ketiga-tiga kategori, termasuk pasukan yang mendaftar secara ‘walk-in’ daripada sekitar Sungai Buloh. Hadiah keseluruhan sebanyak RM 8,800 tersedia untuk pasukan-pasukan yang bertanding,” katanya.

[caption id="attachment_560768" align="aligncenter" width="718"] Peserta sepak takwar beraksi pada Kejohanan Piala Budak Kampung 2023: Liga Akar Umbi Daerah Petaling di Stadium Mini Paya Jaras, Sungai Buloh pada 14 Januari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, Mohd Khairuddin merasmikan kejohanan berkenaan yang berlangsung di Stadium Mini MBSA Paya Jaras dan Gelanggang Sepak Takraw, Dewan MBSA Paya Jaras Tengah di sini hari ini.

Perasmian kejohanan dua hari yang berakhir esok turut dihadiri Ahli Parlimen Sungai Buloh Dato' Ramanan Ramakrishnan.

Mohd Khairuddin berkata 801 pasukan akar umbi melibatkan 10,000 peserta mengambil bahagian sejak siri pertama dan pihaknya merancang untuk mengadakan lima siri lagi di daerah lain.

“Selepas ini, siri seterusnya akan dibuat di Kuala Selangor (DUN Jeram). Kita sasar untuk anjurkan (kejohanan) di setiap daerah, sudah selesai empat, masih ada lagi lima,” katanya.

[caption id="attachment_560769" align="aligncenter" width="697"] Peserta bola jaring beraksi pada Kejohanan Piala Budak Kampung 2023: Liga Akar Umbi Daerah Petaling di Stadium Mini Paya Jaras, Sungai Buloh pada 14 Januari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.