ad
AGENDA

MB ajak rakyat hadiri program selawat, doa Selangor terus makmur

13 Jan 2023, 4:36 AM
MB ajak rakyat hadiri program selawat, doa Selangor terus makmur
MB ajak rakyat hadiri program selawat, doa Selangor terus makmur

SHAH AlAM, 13 JAN: Dato' Menteri Besar mempelawa orang ramai menyertai program Darul Ehsan Berselawat di Dataran Karnival, Pekarangan Stadium Shah Alam di sini esok.

"Insya-Allah marilah bersama-sama kita mengingati Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW menerusi Program Darul Ehsan Berselawat.

"Doa dipanjat agar Negeri Selangor Darul Ehsan terus makmur dan sentosa serta dilindungi Allah SWT," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Program anjuran Kerajaan Negeri bermula 6 petang hingga 11 malam akan menampilkan Ustaz Neezam Mohd Ariffin, Sheikh Ashraf Hamed Hassanin, Ustaz Iqbal Zain, Babul Mustofa dan Srikandi Dewan Selawat.

Ia dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam dan agensi antaranya Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd, Jabatan Agama Islam Selangor dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.