ad
ADN

DUN Kampung Tunku: Permohonan bantuan sekolah dilanjut hingga 18 Januari

12 Jan 2023, 11:10 AM
DUN Kampung Tunku: Permohonan bantuan sekolah dilanjut hingga 18 Januari
DUN Kampung Tunku: Permohonan bantuan sekolah dilanjut hingga 18 Januari

SHAH ALAM, 12 JAN: Permohonan bantuan Program Kembali ke Sekolah peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku dilanjut hingga 18 Januari ini.

Wakil rakyatnya Lim Yi Wei berkata sebanyak 300 kuota disediakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan menyediakan kelengkapan sekolah untuk anak.

"Walaupun fasa endemik telah berlalu tetapi masih ramai keluarga bergelut dengan masalah kewangan. Justeru, inisiatif ini diharap sedikit sebanyak meringankan mereka," katanya kepada SelangorKini hari ini.

Beliau berkata antara syarat kelayakan pemohon adalah penduduk DUN Kampung Tunku, pendapatan isi rumah tidak lebih RM4,000 serta bukan penerima bantuan lain seperti zakat, Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) dan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas).

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.