ad
AGENDA

Datuk Bandar KL bertemu PM, bincang naik taraf kemudahan penjaja

11 Jan 2023, 11:02 AM
Datuk Bandar KL bertemu PM, bincang naik taraf kemudahan penjaja
Datuk Bandar KL bertemu PM, bincang naik taraf kemudahan penjaja

KUALA LUMPUR, 11 JAN: Cadangan pembangunan dan menaik taraf infrastruktur serta fasiliti penjaja di Kuala Lumpur, merupakan antara perkara dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

Perdana Menteri mengadakan pertemuan itu bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL Datuk Azmi Abdul Hamid, di Kementerian Kewangan di Putrajaya.

“Penjaja dan peniaga kecil merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara yang perlu diberikan perhatian, agar tidak ketinggalan dalam kepesatan pembangunan di ibu negara,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

[caption id="attachment_560248" align="aligncenter" width="712"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar taklimat pembangunan infrastruktur serta fasiliti penjaja di Kuala Lumpur daripada Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL Datuk Azmi Abdul Hamid (kanan). Pertemuan di Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 11 Januari 2023 turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah (dua, kiri). Foto Facebook Anwar Ibrahim[/caption]

Sebelum ini, Anwar berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutamanya di kawasan bandar, perlu menyediakan kemudahan infrastruktur yang selesa kepada penjaja dan peniaga kecil, agar mereka dapat menjalankan perniagaan dengan suasana kondusif.

Perdana Menteri berkata kemudahan itu perlu disediakan, memandangkan kumpulan berkenaan turut menjadi penyumbang kepada ekonomi negara, menerusi perniagaan yang dijalankan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.