ad
AGENDA

Harga RON97, RON95, diesel kekal hingga 18 Januari

11 Jan 2023, 10:14 AM
Harga RON97, RON95, diesel kekal hingga 18 Januari

KUALA LUMPUR, 11 JAN: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 12 hingga 18 Januari ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga runcit bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi paras harga siling semasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu harga runcit mingguan ditetapkan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.