ad
AGENSI

KDEBWM, Kloth Cares kumpul lebih 6,000kg fabrik terpakai

10 Jan 2023, 12:30 PM
KDEBWM, Kloth Cares kumpul lebih 6,000kg fabrik terpakai

SHAH ALAM, 10 JAN: Sebanyak 6,575.5 kilogram (kg) fabrik terpakai berjaya dikumpul daripada tong kitar semula fabrik menerusi kerjasama antara KDEB Waste Management (KDEBWM) dengan Kloth Cares.

Fabrik terpakai yang dikumpul termasuk baju, seluar, kasut, beg tangan, mainan lembut dan cadar menerusi tiga unit tong Kloth Cares sejak September tahun lalu.

"Kutipan itu membabitkan dua tong di Pusat Kitar Semula Cyberjaya dan satu di Menara Bank Rakyat, Shah Alam.

"Pencapaian memberangsangkan ini adalah hasil kesedaran orang ramai terhadap kepentingan mengitar semula barangan yang bukan sahaja terdiri daripada kertas, plastik, dan aluminium, malah fabrik lama juga," kata agensi itu di Facebook hari ini.

Menurutnya, Kloth Cares ialah organisasi badan bukan kerajaan (NGO) pertama di Malaysia yang memulakan gerakan kitar semula fabrik.

"Usahasama ini secara tidak langsung mendukung dasar kebersihan negara dan matlamat pembangunan mampan di negara ini," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.