ad
PBT

MPK kompaun dua individu buang sampah di tempat awam

10 Jan 2023, 11:57 AM
MPK kompaun dua individu buang sampah di tempat awam

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 10 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan dua kompuan ke atas dua individu yang dikesan membuang di tempat awam dekat sekitar Taman Seri Andalas, Klang.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata perbuatan tidak bertanggungjawab individu berkenaan dikesan menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) yang berada di Jalan Seri Damak17, Taman Seri Andalas .

"Pasukan MPK telah menjalankan intipan di lokasi CCTV bagi mengesan kegiatan pembuangan sampah secara haram di lokasi terbabit

"Sepanjang operasi dijalankan, pasukan telah mengeluarkan dua kompaun kepada individu-individu yang membuang sampah di lokasi tersebut," katanya menerusi Facebook hari ini.

MPK menjelaskan kompaun dikeluarkan atas kesalahan Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana membuang sampah-Sampah (Domestik) di tempat awam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.