ad
PBT

MPK sanggah dakwaan kebocoran data di laman sesawang

7 Jan 2023, 1:30 PM
MPK sanggah dakwaan kebocoran data di laman sesawang

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 7 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menafikan dakwaan yang tular di media sosial berlakunya kebocoran data daripada sumber laman sesawangnya.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata pihaknya telah melaksanakan tindakan sewajarnya bagi memastikan tiada sebarang pencerobohan berlaku dalam sistemnya.

"Kami sentiasa mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tiada sebarang pencerobohan berlaku kepada sistem MPK.

"Dakwaan tersebut boleh dianggap sebagai salah satu cubaan untuk merosakkan nama baik MPK," katanya dalam kenyataan di Facebook.

PBT itu menjelaskan pihaknya juga melaksanakan pemantauan keselamatan data yang berterusan menggunakan infrastruktur keselamatan yang efektif.

"Jabatan Teknologi Maklumat MPK juga telah merujuk kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Siber (CERT Selangor) berkenaan perkara ini," ujarnya.

Pada 30 Disember lalu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memandang serius dakwaan kebocoran data maklumat melibatkan 13 juta rakyat Malaysia melalui sebuah laman sesawang dan mengarahkan supaya akses kepada laman berkenaan disekat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.