ad
PBT

MPKL beri tempoh sebulan nasihat pengendali makanan pakai pelitup muka

7 Jan 2023, 10:09 AM
MPKL beri tempoh sebulan nasihat pengendali makanan pakai pelitup muka

KUALA LANGAT, 7 JAN: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memberi tempoh sebulan menasihati pengendali makanan di kawasan terbabit untuk memakai pelitup muka.

Yang Dipertuanya Dato' Amirul Azizan Abd Rahim berkata sekiranya ada dalam kalangan peniaga atau penjaja itu ingkar pihaknya akan mengeluarkan notis selepas tempoh tersebut.

"Kita tidak mahu menarik lesen niaga mereka kerana rata-rata peniaga pun sudah banyak terkesan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sebelum ini.

"Saya percaya dengan memberi nasihat peniaga makanan ini boleh patuh kerana ini juga demi menjaga nama baik dan kebersihan kedai mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Rendah Karbon@Bandar Rimbayu Kuala Langat di Jalan Flora 2, Bandar Rimbayu di sini hari ini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar menyaran pemakaian pelitup muka dalam kalangan pengendali makanan dibuat secara berperingkat oleh pihak berkuasa tempatan negeri ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelaksanaan itu bagi menimbulkan keyakinan pelanggan ketika proses penyediaan dan hidangan makanan

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.