ad
AGENDA

EXCO: Selangor teruskan Selvax bermula esok

6 Jan 2023, 1:41 PM
EXCO: Selangor teruskan Selvax bermula esok

SHAH ALAM, 6 JAN: Kerajaan Negeri akan meneruskan program pemberian suntikan Covid-19 dan dos penggalak secara percuma bermula esok.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata program Vaksin Selangor (Selvax) itu mendapat kerjasama 15 rangkaian Klinik Selcare dan THE KL Clinic di negeri ini.

“Pendaftaran boleh dibuat secara 'walk-in' namun orang ramai digalakkan membuat temujanji melalui panggilan ke talian hotline Selcare iaitu 1-800-22-6600,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Siti Mariah menjelaskan suntikan penggalak hanya diberikan kepada individu berumur 18 tahun ke atas dengan syarat enam bulan selepas menerima dos terakhir.

Menurutnya waktu operasi klinik bermula jam 9 pagi hingga 9 malam dan untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang selcare.com.

Ketika negara dilanda Covid-19, Kerajaan Negeri melaksanakan program Selvax bagi mempercepatkan imunisasi rakyat diikuti program dos penggalak di bawah Selvax Booster.

Semalam Dr Siti Mariah memaklumkan Selangor memiliki bekalan simpanan suntikan penggalak vaksin Covid-19 mencukupi, terutamanya bagi vaksin jenama Sinovac.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.