ad
AGENDA

ST Rosyam Mart cipta rekod, pasar runcit moden pertama beroperasi 24 jam

6 Jan 2023, 7:57 AM
ST Rosyam Mart cipta rekod, pasar runcit moden pertama beroperasi 24 jam
ST Rosyam Mart cipta rekod, pasar runcit moden pertama beroperasi 24 jam

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 6 JAN: ST Rosyam Mart Sdn Bhd diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pasar runcit moden pertama yang beroperasi 24 jam sepanjang tahun.

Pengarahnya Datuk Rosyam Nor berkata pengiktirafan itu pemangkin semangat kepada pihaknya untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Impian kita untuk beri kemudahan kepada masyarakat menjadi kenyataan. Kita mahu orang ramai rasai pengalaman berbelanja dalam persekitaran lima bintang tetapi menawarkan harga borong,” katanya.

[caption id="attachment_559343" align="alignleft" width="448"] Ayam segar dijual dengan harga murah sempena jualan gudang di ST Rosyam Mart Seksyen 9, Shah Alam pada 6 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau ditemui selepas majlis penganugerahan tersebut di sini, yang  disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Datuk Roziah Abudin.

Rosyam memaklumkan pasar raya itu memiliki enam cawangan yang beroperasi 24 jam, dengan sebuah lagi akan dibuka di Taman Ehsan, Kepong awal bulan depan.

Pihaknya turut menyasar untuk membuka 20 cawangan di sekitar Lembah Klang menjelang 2025, sebelum diperluas ke negeri lain dengan tawaran harga rendah antara 20 ke 30 peratus.

“(Selain) tawaran harga rendah, (ia) turut memberi peluang kepada usahawan kecil menempatkan produk mereka di sini bagi membantu meningkatkan kuasa membeli dan ekonomi rakyat,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.