ad
PBT

MBSA sedia pejabat bergerak di Plaza Masalam esok

6 Jan 2023, 12:52 AM
MBSA sedia pejabat bergerak di Plaza Masalam esok

SHAH ALAM, 6 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan pejabat bergerak di perkarangan tempat letak kereta Plaza Masalam Seksyen 9, di sini esok.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata operasi Shah Alam On Wheels (SAOW) itu akan memulakan perkhidmatan pada 11 pagi hingga 5 petang.

“Ini merupakan platform disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan dan sebagainya,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Beliau berkata, melaluinya majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.