ad
AGENDA

Lorong Plaza Tol Kemuning arah timur ditutup sementara mulai Jumaat

4 Jan 2023, 10:19 AM
Lorong Plaza Tol Kemuning arah timur ditutup sementara mulai Jumaat

SHAH ALAM, 4 JAN: Lorong E20 Plaza Tol Kemuning Arah Timur ditutup sementara kepada pengguna Lebuh Raya Shah Alam (LSA) bermula Jumaat hingga Isnin ini.

Kesas Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan akan bermula pada 10 malam Jumaat hingga 6 pagi, Isnin.

Menurut kenyataan itu, penutupan dilakukan bagi pelaksanaan kerja membaik pulih permukaan jalan konkrit di lorong itu demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

Kesas Sdn Bhd sehubungan itu menasihatkan pengguna berhati-hati ketika memandu dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.