ad
PBT

MPS tawar insentif kepada peniaga amal transaksi tanpa tunai

3 Jan 2023, 2:00 PM
MPS tawar insentif kepada peniaga amal transaksi tanpa tunai
MPS tawar insentif kepada peniaga amal transaksi tanpa tunai

GOMBAK, 3 JAN: Peniaga yang mengamalkan transaksi tanpa tunai dalam urus niaga berpeluang menerima insentif daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Yang Dipertuanya Dato' Mohd Yazid Sairi berkata inisiatif itu bertujuan menggalakkan pembayaran secara dalam talian seiring dengan perkembangan digital.

[caption id="attachment_558928" align="aligncenter" width="770"] Yang Dipetua Majlis Perbandaran Selayang Dato’ Mohd Yazid Sairi. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Kita sudah berbincang perkara ini dan ia akan dilaksanakan tidak lama lagi, insentif itu akan diberi dalam bentuk wang supaya peniaga lebih bersemangat.

"Setakat ini kita sudah mengenal pasti kawasan Bandar Baru Selayang sebagai projek perintis," katanya selepas majlis angkat sumpah ahli majlis MPS di sini hari ini.

Mohd Yazid berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan Kolej Komuniti Selayang bagi memberi latihan kepada individu yang minat memasak sekali gus membuka peluang mereka untuk menjana pendapatan.

"Kita merancang untuk beri latihan kemahiran kepada individu yang mempunyai bakat masakan di Kolej Komuniti Selayang. Disamping dapat mengembangkan ilmu, mereka juga boleh menjana pendapatan " katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.