ad
PBT

11 muka baharu antara 23 ahli majlis MPHS angkat sumpah hari ini 

3 Jan 2023, 10:33 AM
11 muka baharu antara 23 ahli majlis MPHS angkat sumpah hari ini 

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 3 JAN: Orang Besar Daerah Hulu Selangor Y.D.M Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa termasuk 11 muka baharu antara 23 individu yang mengangkat sumpah sebagai ahli majlis Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) hari ini.

Berlangsung di ibu pejabat pihak berkuasa tempatan berkenaan, kesemua mereka mengangkat sumpah jawatan masing-masing bagi penggal 2023 di hadapan yang dipertua MPHS.

Mohd Hasry Nor Mohd yakin ahli majlis baharu dapat membantu MPHS dalam menetapkan dasar-dasar baharu selaras dengan hala tuju Kerajaan Negeri serta menepati kehendak rakyat

"Besar harapan saya agar ahli majlis akan berkhidmat dengan ikhlas, mesra rakyat selaras dengan dasar mesra rakyat yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri," katanya di Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.