ad
PBT

MPSepang terima timbalan YDP baharu, 23 ahli majlis angkat sumpah

3 Jan 2023, 7:54 AM
MPSepang terima timbalan YDP baharu, 23 ahli majlis angkat sumpah
MPSepang terima timbalan YDP baharu, 23 ahli majlis angkat sumpah

SEPANG, 3 JAN: Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Muhamad Shah Osmin dilantik sebagai timbalan yang dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) hari ini.

Turut mengangkat sumpah dan ikrar integriti 23 individu lagi sebagai ahli majlis MPSepang bagi penggal 2023 di hadapan Yang Dipertuanya Dato’ Abd Hamid Hussain.

Beliau ketika berucap memaklumkan barisan ahli majlis berkenaan terdiri daripada 17 lantikan semula dan enam lagi muka baharu.

[caption id="attachment_558870" align="aligncenter" width="755"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Dato' Abd Hamid Hussain (duduk, tengah) bergambar bersama Timbalan Dipertua Muhamad Shah Osmin dan semua ahli majlis selepas majlis angkat sumpah bagi penggal 2023 di ibu pejabat MPSepang pada 3 Januari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Pelantikan ahli majlis bukanlah satu penghormatan tetapi tanggungjawab amat besar. Ahli majlis mesti peka kepada keperluan dan kepentingan awam serta bertanggungjawab menyumbang idea dan kepakaran dalam memajukan MPSepang.

“Ahli majlis juga berperanan mengawasi pihak berkuasa tempatan dalam melaksanakan tugas dengan amanah serta menyedarkan masyarakat agar mereka memenuhi kewajipan dan memberi sokongan dalam melaksanakan tugas,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.