ad
AGENDA

MB: RiDE bantu anak muda raih pendapatan bulanan empat angka

3 Jan 2023, 2:35 AM
MB: RiDE bantu anak muda raih pendapatan bulanan empat angka

SHAH ALAM, 3 JAN: Sebahagian penerima Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) meraih pendapatan bulanan yang tinggi sehingga mencecah empat angka, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program yang diperkenalkan sejak 2020 itu sememangnya bertujuan membuka peluang kerja di sektor p-panggilan bagi menjana pendapatan.

“Sehingga kini, Kerajaan Negeri menerima permintaan melebihi 14,000 permohonan dan tahun lalu sahaja seramai 6,200 memohon skim ini.

“RiDE telah membantu 6,500 anak muda dengan sebahagiannya mencecah pendapatan empat angka,” katanya menerusi perkongsian video di Facebook.

Amirudin berkata 3,000 penerima skim turut diberi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Skim Insurans Am Selangor (INSAN).

Sebelum ini Dato’ Menteri Besar berkata RiDE diwujudkan selepas melihat keperluan melindungi pekerja p-panggilan berikutan kebergantungan masyarakat terhadap sektor itu terutama selepas penularan Covid-19.

Setiap tahun program yang memberi bantuan wang tunai berjumlah RM500 ditambah baik dengan terbaharu Kerajaan Negeri menambah RM50 untuk caruman KWSP.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.