ad
ADN

ADN minta buat aduan jika penjual makanan tidak pakai pelitup muka

2 Jan 2023, 6:01 AM
ADN minta buat aduan jika penjual makanan tidak pakai pelitup muka
ADN minta buat aduan jika penjual makanan tidak pakai pelitup muka

SHAH ALAM, 2 JAN: Orang ramai diminta membuat aduan kepada pihak berkuasa atau wakil rakyat setempat sekiranya mengesan penjual makanan melanggar arahan pemakaian pelitup muka.

Ahli Dewan Negeri Seri Setia Halimey Abu Bakar berkata masyarakat harus peka soal itu kerana penjaja dan pengusaha restoran sering terdedah kepada penyakit berjangkit.

“Peniaga terutama tukang masak atau penyedia makanan, mereka terdedah dengan pelbagai perkara yang menyebabkan penyakit berjangkit. Saya lihat ada (tukang masak) yang hisap rokok tetapi tidak basuh tangan kemudian memasak.

[caption id="attachment_541506" align="alignleft" width="372"] ADN Seri Setia Halimey Abu Bakar [/caption]

“Jadi aduan masyarakat penting selain pemantauan pihak berkuasa tempatan (PBT). Mereka kena ambil berat dan segera buat aduan melalui saluran yang betul supaya tindakan boleh diambil,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Beliau juga mengesyorkan PBT memberi amaran terlebih dahulu kepada peniaga yang gagal mematuhi arahan terbabit sebelum mengenakan tindakan lebih tegas.

“Pada peringkat awal seelok-eloknya kita beri amaran dahulu dan memasuki bulan kedua pelaksanaan, tindakan harus diambil supaya mereka patuh arahan dikeluarkan Kerajaan Selangor.

“Penguatkuasaan wajar dibuat sebab saya lihat bukan sahaja peniaga tepi jalan tetapi pengusaha restoran pun tidak jaga kebersihan," katanya yang mencadangkan kewajipan pemakaian apron.

Pada 29 Disember lalu, Dato’ Menteri Besar berkata penggunaan pelitup muka yang diwajibkan kepada penjaja dan pengusaha restoran negeri ini mulai 1 Januari bagi meningkatkan tahap kebersihan dalam pengendalian makanan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pendekatan itu juga dapat menambah keyakinan pelanggan selain mengelakkan penularan Covid-19 dan isu keracunan makanan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.