ad
PBT

KL Adventurer juara Explorace Pusing Kuala Langat Dulu 2022

1 Jan 2023, 8:00 AM
KL Adventurer juara Explorace Pusing Kuala Langat Dulu 2022
KL Adventurer juara Explorace Pusing Kuala Langat Dulu 2022

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 1 Jan: Kumpulan KL Adventurer muncul juara acara Explorace Pusing Kuala Langat Dulu 2022 yang diadakan di sini semalam.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dalam kenyataan berkata KL Adventurer yang terdiri daripada empat peserta mendapat tempat pertama daripada 28 kumpulan lain seterusnya membawa pulang wang tunai RM2,000.

"Tempat kedua acara yang bermula dari jam 8 pagi hingga 2 petang itu dimenangi kumpulan Buff yang membawa pulang RM1,000 manakala tempat ketiga milik kumpulan GKL dengan wang tunai RM500.

"Hadiah disampaikan Ahli Dewan Negeri Morib, Hasnul Baharuddin yang turut merasmikan majlis penutup acara tersebut di Istana Bandar, Kuala Langat," katanya.

Acara explorace melibatkan kawasan pelancongan di Kuala Langat antaranya gedung kerepek Ros, rumah Haji Sidek (badminton), Pantai Morib, Pantai Kelanang, Bukit Jugra, Muzium Insitu dan Istana Bandar.

[caption id="attachment_558604" align="aligncenter" width="671"] Peserta bergambar kenangan sebelum bermula Explorace Pusing Kuala Langat Dulu 2022 di Istana Bandar pada 31 Disember 2022. Foto Majlis Perbandaran Kuala Langat[/caption]

Pelepasan peserta dilakukan Yang Dipertua MPKL Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim di Istana Bandar.

Turut menerima hadiah pada majlis tersebut ialah pemenang pertandingan fotografi dimenangi Mohd Nazri Sulaiman yang membawa pulang wang tunai RM2,000 dan videografi Kuala Langat 2022 diungguli Hafizul Shah Yahya yang menerima RM3,000.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.