ad
AGENDA

MB: Catat hasil tertinggi dalam enam tahun, sedia depani kemelesetan dunia

1 Jan 2023, 3:05 AM
MB: Catat hasil tertinggi dalam enam tahun, sedia depani kemelesetan dunia

SHAH ALAM, 1 JAN: Ekonomi Selangor kekal kukuh apabila berjaya mencatat jumlah kutipan hasil tertinggi dalam tempoh enam tahun.

Dato' Menteri Besar menjelaskan pertumbuhan ekonomi tahun lalu terus mencatat peningkatan dan mengatasi kadar pertumbuhan nasional.

Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan pencapaian itu didorong dasar Kerajaan Negeri yang stabil dan mesra perniagaan.

"Selangor turut mencatatkan sumbangan 24.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, jumlah tertinggi setakat ini," katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2023 hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata Selangor sedia mendepani ketidaktentuan dan kemelesetan ekonomi dijangka berlaku tahun ini.

Jelasnya Kerajaan Negeri akan meneruskan dasar yang akan meningkatkan daya tahan ekonomi Selangor bagi menghadapi kemungkinan itu.

"Usaha ke arah memastikan jaminan bekalan makanan, pendidikan, keselamatan siber dan kesihatan awam tetap menjadi perhatian Kerajaan Negeri pada masa yang sama," katanya.

Pada 28 Oktober lalu, Amirudin memaklumkan kutipan hasil negeri mencapai RM2.17 bilion mengatasi sasaran awal ditetapkan berjumlah RM2.05 bilion.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.